OPPO Reno5 dan Reno5 Pro tiba pada 27 Januari

OPPO telah mengumumkan model terbaru dalam siri telefon pintar Reno mereka iaitu OPPO Reno5 dan OPPO Reno5 Pro. Jualan pertama untuk kedua-dua model ini akan bermula pada 27 Januari ini.

OPPO Reno5 akan dijual pada harga RM1,899. Ia hadir bersama pemproses Qualcomm Snapdragon 765G 5G SoC dan RAM 8GB. Model ini mempunyai skrin 90Hz 2.5D dan storan dalaman sebanyak 128GB.

OPPO Reno5 Pro pula akan dijual pada harga RM2,599. Ia hadir bersama pemproses MediaTek Dimensity 1000+ 7nm dan RAM 12GB. Model ini mempunyai skrin berlengkung 90Hz dan storan dalaman sebanyak 256GB.

Kedua-dua model di atas mempunyai teknologi pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W, sama seperti telefon pintar OPPO Reno4 Pro.

Satu lagi ciri sama yang dikongsi oleh kedua-dua model OPPO Reno5 ialah pemasangan empat kamera belakang. Tetapan kamera adalah 64MP+8MP+2MP+2MP. Untuk kamera hadapan pula, kedua-duanya menggunakan satu kamera 32MP.

Seperti yang dinyatakan di atas, OPPO Reno5 dan OPPO Reno5 Pro akan dijual bermula pada 27 Januari ini di mana-mana kedai jenama OPPO, kedai e-dagang rasmi OPPO, kedai peniaga Rasmi OPPO, serta rakan e-dagang, rakan kongsi Telco dan kedai rakan rangkaian.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+