Orange Esports akan menemani Todak ke MSC 2022

Perlawanan terakhir di hari ketiga peringkat playoff menyaksikan pasukan Orange Esports menentang Suhaz Esports.

Orange Esports bermain dengan begitu baik sekali. Mereka dapat mengekalkan momentum mereka sebaik sahaja menewaskan Team Caracal.

Walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan Suhaz Esports. Mereka menunjukkan mereka mempunyai kualiti untuk menjadi wakil Malaysia ke MSC.

Pasukan Orange berjaya menewaskan Suhaz Esports dengan kemenangan bersih 3-0 sekaligus akan bertemu dengan pasukan Todak pada esok hari.

Mampukah pasukan Orange Esports menewaskan pasukan Todak pada esok hari dan mencipta sejarah di MPL MY musim ke-9? Kita bakal saksikan.

Jangan lupa untuk saksikan perlawanan Grand Final pada esok hari bermula jam 1.30 petang.

Foto: Moonton Games

 

RELATED NEWS

+