PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

Orange Esports gagal mendapatkan momentum seperti semalam, tewas di tangan Suhaz Esports 1-2

PERLAWANAN PERTAMA

Mali membuat kesilapan pada minit awal permainan untuk mengejar Minn menyebabkan beliau terkorban selepas Linkezaa datang memberikan bantuan. Suhaz Esports bermain dengan berdisiplin, mereka mengejar objektif serta membuat rotasi yang berkesan untuk mempertahankan lane masing-masing. Sementara itu, Box dan LinkEzaa terus farming di jungle mereka.

Orange Esports terus diasak oleh Suhaz dari masa ke semasa, mereka terpaksa bermain dengan pasif dan menukarkan mod kepada defensive. Lord mudah diambil pasukan Suhaz pada minit ke-10 untuk memberikan lagi tekanan kepada pasukan Orange. Kemenangan milik pertama untuk Suhaz selepas Lord dan super minion terlalu kuat untuk Orange hadapi.

MVP diberikan kepada AJ yang bermain menggunakan Harley, beliau bijak mencari kill secara solo untuk memperlahankan rentak pasukan Orange.

PERLAWANAN KETIGA

Selepas permainan yang ditonjolkan oleh Linkezaa menggunakan Alucard semalam, pasukan Suhaz lebih berjaga-jaga dan terus menyekat farming beliau untuk mengelakkan snowball yang akan dilakukan oleh Orange Esports. Kedua-dua pasukan memberikan asakan antara satu sama lain akan tetapi pada minit ke-6, kelebihan masih berpihak pada pasukan Orange Esports.

Selepas memasuki fasa late game, Ling menjadi lebih kuat dari Alucard dari segi damage yang dikeluarkan, Alucard pada awalnya sangat kuat mula menjadi mundur dan Suhaz mempunyai peluang untuk comeback. Tindakan AJ untuk mengalih perhatian pasukan Orange Esports untuk fokus kepadanya sangat bijak untuk memberi ruang kepada pasukannya mendapatkan Lord pada minit ke-25. Pushing bersama Lord masih tidak cukup untuk memenangi perlawanan. Namun begitu, kesilapan Mann yang tersalah posisi di lane atas menyebabkan beliau terkorban dan Orange Esports kekurangan ahli pasukan untuk mereka menghalang Suhaz mendapatkan Lord. Suhaz Esports kemudiannya memenangi perlawanan selepas 31 minit berhempas pulas.

3448 damage per minute memberikan Box gelaran sebagai MVP, meskipun skor beliau hanya 6 kill tetapi mobiliti yang ditunjukkan dan kemahiran menggunakan Ling cukup untuk membantu pasukannya memenangi pertarungan yang berlaku.

RELATED NEWS

+