Orange Esports melepaskan kesemua pemain

Selepas beraksi di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kesembilan dan kini Piala Asia Tenggara (MSC) 2022, Orange Esports akhirnya melepaskan pemain mereka.

Difahamkan, Minn, Mann, Garyy, Lolla kini kembali ke pasukan asal mereka, Team Haq. Kehadiran mereka ke Orange Esports sekadar kontrak dan pinjaman selama empat bulan.

Bagaimanapun, kelibat Born dan Valenz tiada di poster itu memandangkan mereka adalah pemain asal Orange Esports. Nasib mereka selepas ini masih belum diketahui.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Orange Esports (@orangeesportsteams)

Dilatih oleh jurulatih Team Haq, Pabz, pasukan itu berjaya mencipta kejutan buat Malaysia dengan menewaskan EVOS SG dan kemudian bertarung sengit menentang Filipina, Omega dengan kekalahan 2-3.

Pengalaman di MSC 2022 nyata mematangkan lagi pasukan ini yang juga terdiri daripada lineup baru.

Orange Esports berjaya menjadi top 6 di MSC 2022.

Team Haq perlu melalui pusingan kelayakan bagi MPL MY musim kesepuluh tak lama lagi.

RELATED NEWS

+