Orange Esports mengacah 2 orang pemain misteri

Orange Esports terkenal sebagai pasukan yang mencungkil bakat pemain baru untuk berpeluang bermain di atas pentas MPL. Ramai di antara pemain yang berada di bawah bimbingan mereka berjaya mencipta nama di dalam arena kompetitif Mobile Legends.

Kini, mereka mengacah dua orang pemain baru yang bakal menemani Born dan juga Valenz di dalam persiapan MPL MY musim ke-10. Pengumuman itu dibuat melalui sebuah hantaran di akaun rasmi Instagram mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Orange Esports (@orangeesportsteams)

Jika kita lihat pada gambar rajah di atas, ada kemungkinan pemain misteri ini adalah Stormie dan juga Subway yang diperkatakan oleh netizen. Jika benar kedua-dua pemain ini bermain di pasukan Orange Esports, maka kekuatan pasukan ini pasti akan lebih bertambah lagi.

Stormie mempamerkan aksi yang sangat hebat ketika musim liga MPL MY musim ke-9 bersama Team SMG. Kehebatannya bermain hero mage seperti Xavier dan Vale memukau mata penonton dan dinobatkan sebagai pemenang anugerah MVP musim liga ketika itu.

Adakah Stormie dan Subway adalah pemain misteri yang akan masuk ke dalam barisan pemain Orange Esports untuk musim ke-10 ini? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+