Orange Esports tidak gentar dengan Todak, menang 2-1

Orange Esports bertemu dengan Todak, satu perlawanan yang dinantikan oleh peminat. Orange Esports adalah rising star yang terdiri daripada barisan pemain lama dan baru. Manakala pasukan Todak adalah juara musim keenam yang tidak pernah terkalah ketika itu.

Pasukan Orange Esports menggunakan draft Aulus sebagai jungler dan Todak masih lagi menggunakan Miya sebagai marksman

Todak kerap melakukan kesilapan pada minit awal permainan dan gangguan dari isonic menggunakan Paquito benar-benar membuahkan hasil untuk pasukan Orange.

Orange Esports berjaya membuka ruang untuk LinkEzaa mencapai level 12 bagi menggunakan potensi penuh Hero Aulus. Mereka terus mengejar objektif untuk mendapatkan Lord dan membawa kemenangan pertama.

Perlawanan ketiga menyaksikan pasukan Orange Esports menggunakan draft Alucard yang sangat berbahaya. Manakala pasukan Todak menggunakan Natan yang dimainkan oleh Ciku.

Beliau pernah mendapatkan savage ketika pertemuan dengan pasukan SMG tempoh hari.

Pasukan Orange Esports lebih berdisiplin mengawal peta dan pertarungan pada fasa mid game dan berjaya mendapatkan Lord selepas menumbangkan Moon di mid lane.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Pada minggu lalu, pasukan Orange Esports mendahului carta kedudukan kumpulan A dengan 24 mata dan Todak pula mendominasi kumpulan B dengan 25 mata.

RELATED NEWS

+