Orange Esports Umum Kolaborasi Strategik Bersama The Gaming Company (TGC)

Organisasi kafe e-sukan ternama negara, Orange mengumumkan kolaborasi strategik divisi e-sukannya bersama agensi e-sukan The Gaming Company (TGC).

Setiap pasukan yang berada di bawah kedua-dua syarikat ini akan diwakilkan sebagai “Orange Esports” dan mereka sudah pun mempunyai barisan pemain dan pasukan berbakat yang menyertai kejohanan ternama.

Umum mengetahui, sebuah pasukan Kemboja di bawah Orange Esports.Critical Geniuses kini bertarung di liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open Fall Split.

Selain itu, Orange Esports.Hawk juga diumumkan untuk divisi PUBG Mobile. Mereka akan menyertai kejohanan Coronation PUBG Men, PUBGM Squad Tournament 2019 dan kelayakan Wildcard Liga ACL.

Orange juga menambah roster terbaru untuk divisi wanita iaitu Orange Esports.Hera yang akan berjuang dalam arena PUBG Mobile. Kejohanan terdekat mereka adalah Evolution Tournament dan PUBG Mobile Women’s Tournament di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Mereka juga memperkenalkan dua pemain baru untuk Orange Esports. Sphynx (yang sebelum ini diketuai oleh Ramona Azween). Dua pemain itu adalah Nurul “Ayumiii” Aini dan Ng “maye” May Yee yang akan bermain di WESG Asia Tenggara, OMEN Challenger Series 2019 dan NEST Pro Series.

Di bawah adalah lineup penuh bagi pasukan-pasukan ini.

1. [Orange Esports PUBG Mobile Lelaki]

Orange Esports.Critical Geniuses
I. Maes “STALKER” Kinhkan
II. Sean “LeOn” Somsakada
III. Kao “PotatoO” Kim
IV. ING “FIRE” Sopheakkdey
V. Ly “POVPOV” Syly

Orange Esports.Hawk
I. Mohd Firdausi “Bear” Asyura
II. Muhammad Ali “POZN” Fauzan
III. Mohd Azrul “kong” Amri
IV. Muhammad Amir “Kizo” Mukriz

2. [Orange Esports PUBG Mobile Wanita]

Orange Esports.Hera
I. Nurul “PYKA” Syafiqah
II. Nur “MEEN” Azlin
III. Anis “ANEES” Safiyah
IV. Nur “CAT” Farhana
V. Amirah “KayKay” Balqis

3, [Orange Esports CS:GO Lelaki]

Orange Esports.Chymera
I. Lee “Max” Ka Lok
II. Iman “cara” Jeffery Krupa
III. Ding “formlesS” Joon Wei
IV. Rafael “Raph” Ferreira Marҫal
V. Andrew “risk” Chew

4. [Orange Esports CS:GO Wanita]

Orange Esports. Sphynx
I. Nurul “Ayumiii” Aini
II. Aisya “Argent” Sabrina Sabri
III. Shanice “Alaska” Choo Xin Ru
IV. Iffah “3ve” Nazurah Saidi
V. Ng “maye” May Yee
VI. Jasmine “Jazminism” Christina Sim Huiyan

5. [Pasukan Orange Esports FIFA]

Orange.Esports.Royal Flush
I. Wan “P3rlis TeAmJr” Muhammad Hakim
II. Muhammad Faiz “FavLain” Hariry

Untuk info lanjut, anda boleh layari laman Facebook rasmi mereka di Orange Esports

RELATED NEWS

+