Orange, Todak dan Team SMG akan bertarung di MPLI 2021

One Esports baru-baru ini mengumumkan penganjuran Mobile Legends: Bang Bang Professional League Invitational 2021 (MPLI 2021).

Kejohanan jemputan ini akan berlangsung pada 2 November ini dengan penyertaan 20 pasukan terbaik daripada seluruh Asia Tenggara merebut hadiah terkumpul sebanyak AS$100,000 (RM414,900).

Kejohanan kali ini menempatkan juara-juara MPL daripada Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina terus layak ke pusingan suku akhir.

Pasukan-pasukan ini akan diasingkan di dalam bracket yang berbeza dan mereka akan menentukan siapa yang mereka mahu di dalam draf bracket masing-masing, menggunakan penentuan Captain’s Draft.

Ini adalah pasukan-pasukan yang akan bersaing di MPLI 2021:

Kemboja:

  • SeeYouSoon

Indonesia:

  • Alter Ego
  • Aura Fire
  • Bigetron Alpha
  • EVOS Legends
  • Geek Fam ID
  • Rebellion Genflix
  • ONIC Esports
  • RRQ Hoshi

Filipina:

  • Blacklist International
  • ECHO
  • Nexplay Evos
  • ONIC PH
  • RSG PH
  • Smart Omega

Malaysia:

  • Orange Esports
  • TODAK
  • Team SMG

Singapura:

  • EVOS SG
  • RSG SG

Penentuan Captain’s Draft akan disiarkan secara langsung pada 31 Oktober ini pada jam 7.00 malam waktu tempatan. 

Bagi anda yang mahu saksikan seluruh kejohanan ini anda boleh saksikan di laman sosial rasmi ONE Esports di Facebook, TikTok, Twitch, Twitter dan YouTube. Untuk maklumat lanjut mengenai MPLI 2021, sila layari SINI.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+