Overwatch: Bastion Bertukar Jadi Lego Dalam Acara Khas Brick Challenge

Teringin lihat Lego Bastion ‘hidup’ dalam Overwatch?

Blizzard mengumumkan satu acara khas bersama Lego bernama Bastion’s Brick Challenge yang mana korang berpeluang untuk menerima satu kostum epik khas Bastion dalam bentuk Lego. Cuba lihat Bastion Lego yang berwarna-warni di bawah.

Selain itu, ada pelbagai 12 ganjaran baru menanti pemain iaitu lima semburan dan enam ikon pemain. Korang boleh mendapatkan semua ganjaran dengan memenangi pusingan Quick Play, Competitive Play atau Arcade. Berikut adalah cara untuk dapatkan semua ganjaran dalam game:

  • Menang 3 pusingan – dapat 2 ikon pemain baru
  • Menang 6 pusingan – dapat 2 semburan baru
  • Menang 9 pusingan – dapat kostum epik baru: Brick Bastion.

Kalau korang rajin tengok siaran langsung Overwatch di Twitch, korang boleh dapatkan lagi barangan kosmetik bertemakan Bastion. Setiap kali kalau korang tengok streamer ditaja di Twitch, korang bakal dapat enam semburan Bastion’s Brick Challenge. 

Untuk kumpul semua, korang boleh tonton dua jam untuk dapatkan satu semburan baru, empat jam untuk dapatkan dua ikon pemain dan tonton enam jam untuk dapatkan semua 4 barangan.

Bastion’s Brick Challenge tiba di Overwatch bermula sekarang sehingga 30 September.

Sumber: Overwatch

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+