Overwatch Classic – Mod nostalgia tahun 2016

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Satu mod baharu akan diperkenalkan dalam Overwatch 2 iaitu mod Overwatch: Classic yang akan hadir hari ini (12 November).

Mod ini akan membawa anda ke zaman awal Overwatch ketika baru dilancarkan tahun 2016 dahulu.

Sudah semestinya Resurrection 5 hero dari Mercy akan kembali dan Scatter Arrow Hanzo yang boleh terus membunuh mana-mana tank dengan mudah juga kembali.

Mod ini akan kembali ke 6 lawan 6, tiada had pemilihan hero dan juga peta-peta lama Overwatch.

Overwatch 2 Classic Roadmap

Ketiadaan had pemilihan hero pasti akan membawa nostalgia diserang oleh 6 Winston atau 6 Torbjorn.

Foto: Overwatch

Tidak dilupakan juga mod Turret lama Bastion yang sangat mengerikan jika digabungkan dengan Reinhardt.

Pemain baharu juga pasti akan terkejut dengan mecha Dva yang sebelum ini akan mematikan Dva anda.

Sebanyak 12 peta lama yang bakal dibawa masuk ke mod ini adalah:

  • Hanamura
  • Temple of Anubis
  • Volskaya Industries
  • Ilios
  • Lijiang Tower
  • Nepal
  • Dorado
  • Route 66
  • Watchpoint: Gibraltar
  • Hollywood
  • King’s Row
  • Numbani

Permainan Overwatch 6 lawan 6 menjadi debat untuk Overwatch 2 yang hanya menggunakan 5 lawan 5.

Adakah Mod Overwatch: Classic ini akan menjadi ujian dan pengukur untuk 6 lawan 6 kembali ke Overwatch 2?


Follow kami di WhatsAppInstagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+