diacah lama di akaun Twitter rasmi Overwatch, akhirnya hero ke-31 telah rasmi diumumkan."> diacah lama di akaun Twitter rasmi Overwatch, akhirnya hero ke-31 telah rasmi diumumkan." /> diacah lama di akaun Twitter rasmi Overwatch, akhirnya hero ke-31 telah rasmi diumumkan." />

Overwatch Mengumumkan Hero Terbaru, Sigma!

Setelah diacah lama di akaun Twitter rasmi Overwatch, akhirnya hero ke-31 telah rasmi diumumkan.

Memperkenalkan Sigma, seorang saintis yang obses dengan graviti. Saksikan trailer yang serba sedikit mendedahkan kisah di sebalik saintis astrofizik ini.

Babak animasi di atas menunjukkan saintis ini mendedikasi seluruh hidupnya untuk mengkaji lubang hitam bagi menguasai objek yang mempunyai tarikan graviti sangat kuat.

Namun, sesuatu dahsyat telah berlaku dalam eksperimentasinya sehingga menyebabkan dia dihantui oleh melodi piano Gnossienne No.1 oleh Erik Satie dan kiraan saintifiknya.

Sigma bergelut untuk memahami lebih lanjut tentang kuasa lubang hitam secara objektif tetapi akhirnya dia menerima kuasa itu dengan terbuka.

Di akhir trailer, rupa-rupanya Sigma sertai organisasi pengganas, Talon yang dibarisi oleh Moira, Sombra, Reaper, Doomfist dan Widowmaker.

Kisah Sigma ini agak sama seperti Moira tergolong dalam hero kelas healer yang mana bereksperimentasi dengan genetik. Moira turut terkesan daripada eksperimennya sehingga menyebabkan lengan cedera teruk tetapi berkebolehan untuk menyerang musuh dan menyembuhkan diri serta ahli pasukan.

Kami jangkakan Sigma ini berfungsi sebagai hero tank yang boleh memanipulasi kuasa graviti dan ‘ikat’ musuh. Setakat ini, tiada info atau senarai kebolehan yang didedahkan oleh Blizzard. Kita nantikan daripada mereka.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+