Diablo 3 bakal dikeluarkan untuk konsol Switch pada hujung tahun ini."> Diablo 3 bakal dikeluarkan untuk konsol Switch pada hujung tahun ini." /> Diablo 3 bakal dikeluarkan untuk konsol Switch pada hujung tahun ini." />

Overwatch Mungkin Boleh Dikeluarkan Untuk Nintendo Switch, Kata Blizzard

Nampaknya fenomena game-game popular dilancarkan untuk Nintendo Switch ini semakin menjadi-jadi seperti Dark Souls: Remastered, Resident Evil 7 dan baru-baru ini, Blizzard mengumumkan Diablo 3 bakal dikeluarkan untuk konsol Switch pada hujung tahun ini.

Namun, pembangun game Blizzard juga sedang mempertimbangkan lagi satu game keluaran mereka untuk dilancarkan ke konsol hibrid  dan game itu adalah Overwatch. Overwatch merupakan antara game popular Blizzard di mana korang boleh pilih bermain antara 28 hero, masing-masing dengan skil berbeza-beza bagi membentuk satu pasukan seramai enam pemain secara online.

Menurut penerbit senior Blizzard Entertainment, Pete Stilwell menyatakan pembangun itu sedang bereksperimen dengan teknologi Switch. Memandangkan Diablo 3 sudah pun diumumkan untuk Switch, Overwatch untuk Nintendo Switch mungkin menjadi kenyataan.

Stilwell juga mendedahkan, “Semua ini boleh dilakukan jika pasukan pembangun Overwatch ingin cuba untuk mengambil projek (Overwatch ke Nintendo Switch)”. Walaubagaimanapun, beliau berkata Blizzard sekarang tengah menumpukan fokus untuk membangunkan Diablo 3 untuk Switch terlebih dahulu.

Korang juga boleh memiliki armor dan kostum eksklusif Nintendo bagi edisi Diablo 3: Eternal Collection yang juga termasuk semua DLC Reaper of Souls dan Rise of the Necromancer. Untuk maklumat lanjut tentang edisi khas Diablo 3 di Nintendo Switch, klik di sini.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+