Overwatch (PC) Kini Lebih Murah – RM82 Untuk Harga Permulaan

Overwatch sekarang lebih murah!

Blizzard Entertainment ingin pastikan lebih ramai pemain dapat bermain Overwatch di PC dan mencuba permainan video FPS yang popular ini.

Sekarang ia dijual dengan harga RM82.20 untuk edisi biasa dan edisi Legendary pula dijual dengan harga RM164.40. Kalau korang beli edisi Legendary, ia didatangkan dengan kostum Overwatch dan juga ganjaran lain untuk permainan World of Warcraft dan Heroes of the Storm.

Sebelum ini Blizzard seakan mengacah peminat untuk menjadikan Overwatch percuma. Namun, dengan potongan harga ini, nampaknya ia mungkin takkan menjadi kenyataan dalam masa terdekat. 

Walaupun permainan ini popular tapi analist tetap mengatakan harganya yang agak mahal dibandingkan dengan permainan lain seperti Dota 2, League of Legends dan Fortnite: Battle Royale. Potongan harga ini mungkin untuk tarik pemain baru mencuba.

Sumber: FoxsportsAsia

RELATED NEWS

+