Overwatch Raikan Tahun Baru Cina & Serlahkan Bakat Melukis Dalam Pertandingan ‘Hero Skin Design’!

Overwatch kembali meraihkan sambutan Tahun Baru Cina yang semestinya lebih bermakna buat karakter Roadhog (sebab dia kan… korang faham-fahamlah)

Sempena Tahun Babi ini, Blizzard melancarkan skin atau kostum yang diinspirasikan oleh tokoh-tokoh sejarah dan mitologi dari budaya Cina dan Korea. Bukan setakat itu, mod Arcade ‘Capture the Flag’ juga muncul kembali di peta baru, Busan dan peta lama, Ayutthaya dan Lijiang Tower! Jom kita saksikan trailer yang menampilkan skin bersama-sama emote baru yang mencuit hati.

Sebagai contoh, skin Tracer adalah berdasarkan seorang karakter utama paling terkenal dalam kisah klasik Korea yang mirip seperti kisah Robin Hood bernama Hong Gildong. Untuk Zenyatta pula, skin-nya mendapat inspirasi dari seorang pakar strategi, ahli politik, penulis dan pereka, Zhuge Liang yang berkhidmat untuk negara Shu Han semasa zaman Tiga Kerajaan.

Mari kita lihat skin baru yang korang boleh dapatkan bermula dari 25 Januari sehingga 19 Februari:

General Brigitte

Guan Yu Reinhardt

Hong Gildong Tracer

Huang Zhong Hanzo

Lü Bü Reaper

Sanye Orisa

Zhang Fei Torbjorn

Zhuge Liang Zenyatta

Kepada peminat Overwatch yang handal melukis, serlahkan bakat korang dalam pertandingan Hero Skin Design. Lukislah karakter Overwatch kegemaran korang dalam rekaan skin baru dan hantarkan fanart di [email protected]. Lukisan paling kreatif akan dipamerkan di laman Facebook rasmi Overwatch SEA!

Pertandingan ini hanya dibuka untuk negara Thailand, Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Vietnam. Pastikan korang hantar rekaan terbaik korang bermula dari 28 Januari sehingga 19 Februari. Maklumat lanjut boleh rujuk di sini. Semoga berjaya!

Ikuti MyGameOn di Facebook dan YouTube untuk berita gaming dan esports semasa.

RELATED NEWS

+