Ozora Veki layak ke Wild Rift SEA Championship 2021 bersama Alliance

Pemain kelahiran Malaysia, Poon Kok Sing atau Ozora Veki bersama pasukannya, Alliance layak ke kejohanan Wild Rift SEA Championship 2021 selepas menewaskan skuad Banana dalam kejohanan SEA Icon Series 2021: Fall, Singapura.

Bermula di peringkat suku akhir upper bracket, mereka pada mulanya menewaskan Banana 2-1 dan melangkah ke Grand Final selepas menewaskan dua lagi saingan, Noblesse Gaming dan Renatus. Di Grand Final, Banana berjumpa lagi dengan Alliance namun mereka tetap kecundang dengan skor 1-3.

Ozora Veki sebelum ini dilaporkan menyertai skuad Wild Rift Singapura, Alliance yang turut dianggotai oleh SSK, CWJ, Raven dan Jelson. Skuad hijau itu diasaskan oleh veteran Dota 2, Jonathan Loda daripada Sweden.

Di kejohanan Wild Rift Asia Tenggara 2021 pada September nanti, mereka bakal berdepan beberapa skuad di rantau itu seperti Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Filipina. Terdapat juga wakil dari Hong Kong dan Taiwan yang bertanding.

Ozora Veki sebelum ini menyertai skuad Geek Fam dan bermain untuk divisi Mobile Legends sebelum bertukar ke Wild Rift.

Kini beliau bersama Alliance Wild Rift. Di Malaysia sebelum ini, beliau turut bermain untuk pasukan Kuala Lumpur Hunters (KLH), mewakili negara ke kejohanan League of Legends di peringkat serantau.

Sumber: Liquipedia

RELATED NEWS

+