“Pada musim ini, kami lebih yakin untuk merebut ‘slot’ ke MPL,” – Pengurus Team Lemah

Pengurus pasukan Team Lemah, Muhamad Syazriel Nazif, menyatakan bahawa pasukan mereka lebih yakin untuk mendapatkan tempat ke liga MPL MY musim ke-10.

“Pada musim ini, kami lebih yakin untuk merebut ‘slot’ ke liga MPL MY musim ke-10,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Syazriel juga menyatakan bahawa lineup untuk Team Lemah masih tetap sama cumanya akan ada penambahan baru dari segi jurulatih.

“Barisan pemain kami masih tetap sama cumanya akan ada jurulatih baru untuk pasukan kami,” katanya.

Sepertimana yang kita sedia maklum, LTX Integrated kini bergabung dengan Zion Esports Malaysia.

Kini, giliran LTX Integrated pula yang akan bekerjasama bersama dengan Team Lemah. 

Team Lemah mengumumkan di Instagram rasmi mereka, bahawa mereka kini adalah sebahagian daripada LTX Integrated.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Lemah (@team.lemahh)

Tahniah dan semoga berjaya Team Lemah!

Foto: Instagram Team Lemah

RELATED NEWS

+