Pakar berpendapat Netflix mungkin tidak akan berjaya dalam industri permainan video

Netflix dengan 200 juta pelanggan bulanan serata dunia nyata memang besar.

Netflix selama ini telah berjaya berubah dari permulaan yang biasa dan kini menjadi antara pemain terbesar di Hollywood .

Apa yang Netflix mahukan sekarang? Seperti yang diumumkan minggu lepas Netflix tidak akan terkecuali dari kritikan pakar industri. Kita masih tidak tahu apa pelan Netflix, tetapi Netflix nyata serius mahu menyertai bidang permainan video. Persoalan seperti, di mana untuk bermain permainan video Netflix juga masih samar-samar.

“Saya rasa mereka (Netflix) akan cuba, tetapi mereka akan gagal,” kata Pengarah Pengurusan Wedbush, Michael Pachter. “Pembuatan permainan video bukan mudah,” tambahnya lagi.

bandersnatch choice

Black Mirror: Bandersnatch merupakan satu filem interaktif yang Netflix buat tetapi ini cuma interaksi pemilihan jawapan bukannya permainan video.

Industri permainan video merupakan sesuatu yang bahaya untuk Netflix. Beberapa syarikat besar berjaya tetapi setelah beberapa tahun, reputasi mereka kian merosot.

“Kita mempunyai contoh syarikat yang pernah mengalami kegagalan besar seperti THQ, Midway, Acclaim, 3DO, BAM, Eidos, Atari, Infogames, Interplay dan beberapa lagi syarikat lain,” ujar Pachter. “Saya tidak dapat melihat Netflix mampu untuk berjaya dalam situasi apatah lagi menjual permainan video.”

Joost van Dreunen penulis “”One Up: Creativity, Competition, and the Global Business of Video Games,” juga bersetuju dengan Pachter.

Beliau menyatakan kegagalan Stadia untuk Google, Luna untuk Amazon dan Facebook juga tidak berjaya untuk memasuki industri permainan video. Syarikat-syarikat sebelum ini gagal kerana mereka hanya fokus cara untuk beli dan bermain permainan video. Mereka sepatutnya fokus untuk membuat permainan video yang disukai ramai.

Disney dengan kejayaan Star Wars nyata membantu apabila mereka mencari syarikat besar seperti EA untuk membuat permainan video mereka. Disney bejaya fokus ke arah pembinaan permainan video bukannya cara untuk mendapatkan atau bermainan permainan video.

Star Wars Jedi: Fallen Order (Review) – Sight-In Games

Setakat ini Netflix masih belum mengeluarkan kenyataan baru mahupun pelan untuk mereka menyertai industri. Jika Netflix berjaya,  mungkin kita akan dapat melihat permainan video AAA dari Netflix?

Rujuka: Business Insider

TAGS

RELATED NEWS

+