Palworld disaman Nintendo hanya RM290 ribu untuk 3 paten Pokemon

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kini sudah terjawab paten apakah yang dikatakan dilanggar oleh Palworld.

Nintendo memfailkan saman terhadap Palworld pada September lepas.

Menurut laporan dari Pocketpair, tiga paten yang dikatakan dilanggar adalah patent Nintendo 5455191, 7493117 dan 7528390 iaitu paten yang berkaitan dengan menangkap makhluk dan mekanik menunggang.

Pocketpair mengatakan kesemua fail dan permintaan Nintendo sudah diberikan dan kes ini masih menunggu keputusan dari mahkamah Jepun.

Satu temubual dari PC Gamer mengatakan Kirk Sigmon, Peguam Harta Intelektual mengatakan Jepun mengamalkan paten bahagian yang membenarkan pemegang paten boleh membuat permohonan tambahan ke atas paten sedia ada.

Ini bermakna Nintendo memfailkan paten baharu selepas Pocketpair melancarkan Palworld untuk menyaman mereka.

Tambahan lagi, Nintendo juga memohon Pocketpair untuk memberhentikan penjualan Palworld sehingga mekanik yang melanggar paten dibuang.

Beberapa paten yang disuruh buang juga menjadi mekanik asas yang sangat penting untuk permainan Palworld.

Sebagai pampasan Nintendo memohon 5 juta Yen (RM143 ribu) untuk kedua-dua Nintendo dan The Pokemon Company.

Sudah diketahui ramai, Nintendo mereka mempunyai peguam yang sangat hebat dan agresif tetapi saman ke atas Pocketpair ini masih berisiko kerena konsep dalam paten Nintendo tersangat besar dan meluas dalam dunia permainan video.


Follow kami di WhatsAppInstagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+