Kamen Rider 50th Anniversary Exhibition kini telah tiba di Malaysia buat julung-julung kalinya.

Foto: INCUBASE Studio
Pameran ini dibuat dengan hasil kerjasama Toei Co. Ltd., Medialink Group dan INCUBASE Arena Malaysia.
Acara ini akan bermula pada 10 Januari sehingga 16 Mac 2025 dan pameran akan dibuka dari 10 pagi sehingga 10 malam.

Foto: INCUBASE Studio
Bagi menyambut jubli emas Kamen Rider, anda akan dapat melihat pameran sut Kamen rider yang akan bermula dari era Showa, Heisei dan Reiwa.
Evolusi bagaimana berubahnya Kamen Rider sejak 50 tahun lepas juga akan ditunjukkan.

Foto: INCUBASE Studio
Tambahan lagi anda akan boleh melihat lebih 30 Kamen Rider dari ketiga-tiga era termasuk Masked Rider 1, V3, BLACK RX, Kuuga, Den-O sehingga yang terbaru seperti Zero One, Saber, Geats dan Gotchard.
Sudah semestinya figura bersaiz sebenar 1:1 juga akan ada termasuk beberapa replika keratan manga termasuk beberapa prop yang telah digunakan dalam penceritaan Kamen Rider.

Foto: INCUBASE Studio
Tidak lupa juga kostum yang telah digunakan oleh para barisan pelakon Kamen Rider.
Barangan eksklusif juga akan dijual di sana di kedai INCUSHOP.

Foto: INCUBASE Studio

Foto: INCUBASE Studio
Pada 12 Januari ini juga, pameran ini akan menjadi hos untuk Malaysia Book of Records untuk Perhimpunan Peminat Tali Pinggang Kamen Rider Terbesar!
Pameran Kamen Rider 50th Anniversary akan dibuat di Level 2, Fahrenheit 88, Bukit Bintang.
Dapatkan tiket di INCUTIX, Ticket2u dan Klook.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Facebook dan Instagram Incubase.