Panda keluar Team SMG

Pemain Team SMG, Poh Chun Wai atau Panda sah keluar organisasi itu semalam.

Dalam satu posting dikeluarkan Team SMG, mereka mengucapkan terima kasih ke atas Panda sepanjang bersama pasukan mereka dan selamat maju jaya kepada dirinya.

Team SMG kini memegang ranking nombor satu ketika ini di kumpulan A dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kesembilan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Dengan pengumpulan 19 mata, Team SMG meletakkan kepercayaan kepada pemain lama seperti ZaimSempoi dan Smooth. Manakala SaSa terus konsisten dalam pasukan itu sejak meninggalkan MPL ID ditambah lagi dengan kehadiran pemain baru, Stormie dan pemain Indonesia, Harpist.

Dilatih oleh Jamesss, pasukan yang pernah memenangi musim lalu dan melayakkan diri ke kejohanan dunia M3 ini sudah berada dalam formasi yang sangat baik.

Di mana hala tuju Panda selepas ini? Jendela perpindahan pemain akan dibuka semula pada minggu ketujuh.

Dia sebelum ini menyertai Geek Fam untuk beberapa lama sebelum diumumkan tiada namanya didaftarkan pada musim kesembilan ini.

RELATED NEWS

+