Panduan held item terbaik untuk Pokemon UNITE bagi Patch 1.2.1.3

Keluarnya Pokemon Unite versi mobile anda pasti akan menghadapi masalah untuk bina help item terbaik untuk setiap Pokemon anda.

Patch baru ini juga memperkenalkan tiga Held Item baru iaitu Razor Claw, Weakness Policy dan Choice Specs.

Panduan ini akan mengajar anda untuk mengetahui held item yang paling efektif untuk Pokemon anda.

S Tier

Held Items di dalam S Tier ini adalah item yang paling bagus setakat ini dan sangat efektif untuk Pokemon anda tanpa memberi anda masalah.

Buddy Barrier

Buddy Barrier boleh dikatakan Held Item defensive yang sangat bagus untuk semua role yang ada.

Ia boleh memberi shield kepada Pokemon anda selepas Unite Move dan juga pasukan anda yang nyawanya rendah.

Efek Held Item ini terlalu bagus bagaikan anda mempunyai battle item kedua.

Muscle Band

Muscle Band boleh menaikkan Attack dan Attack Speed anda sesuai untuk Pokemon Physical Damage seperti Absol, Lucario, Cinderace dan sebagainya.

Held Item ini membantu dalam mengalahkan Defenders yang keras.

Focus Band

Focus Band bagus untuk mengekalkan kelangsungan hidup di dalam perlawanan.

Item ini akan memberi anda Defense dan Special Defense serta memberi regeneration HP apabila nyawa rendah.

Sangat sesuai untuk Pokemon All-Rounder dan Defenders.

Scope Lens

Scope Lens adalah item yang memberi Pokemon anda Critical Rate dan Critical Damage.

Sangat bagus untuk Pokemon Attacker, Speedster, All-Rounder malah Defenders seperti Crustle dan Snorlax juga boleh menggunakan item ini.

Wise Glasses

 

Wise Glasses meningkatkan Special Damage dan menjadi item wajib untuk Gengar dan Gardevoir.

Choice Specs

Pokemon UNITE Held Item

Salah satu item baru untuk patch ini, Choice Specs memberi banyak SP. Atk.

Item ini boleh menjadi kombo bersama Wise Glasses.

A Tier

Held Item di dalam A Tier adalah item yang mengikut situasi tetapi sangat bagus untuk digunakan.

Assault Vest

Item defensive yang solid untuk karakter yang tidak mempunyai HP yang banyak seperti Alolan Ninetales dan Gengar.

Pemakai juga akan mendapat Sp. Def dan HP bersama shield yang mengurangkan Special Damage.

Score Shield

Item yang mengikut situasi tetapi sangat berguna jika anda tahu timing untuk masukkan gol.

Score Shield memberi Pokemon anda peluang untuk dive semasa berlawan di kawasan gol pihak lawan dan juga menambah HP yang banyak selepas gol.

Energy Amplifier

 

Energy Amplifier dapat membantu anda untuk mendapatkan Unite Move (Ultimate) dengan lebih cepat.

Sesuai untuk Pokemon yang memerlukan Unite Move yang boleh membawa impak besar seperti Blastoise atau Gardevoir.

Razor Claw

Pokemon UNITE Held Item

Item kedua baharu untuk patch kali ini.

Razor Claw memberi Attack yang banyak dan juga Critical Hit Rate.

Namun tidak sesuai digunakan oleh banyak Pokemon disebabkan mekaniknya yang memerlukan anda untuk guna skill terlebih dahulu dan serang.

Namun Pokemon seperti Lucario dan Greninja dapat menggunakan sepenuhnya potensi item ini.

B Tier

B Tier pula adalah item yang membantu anda tetapi memerlukan masa untuk menjadi kuat atau berfungsi di dalam perlawanan.

Sp. Atk. Specs

Sp. Atk. Specs sesuai untuk Special Damage tetapi memerlukan anda untuk jaringkan gol bagi mendapat efeknya.

Apa yang membuat item ini sedikit di bawah tier kerana memerlukan cara bermain yang mengharapkan kemahiran seorang pemain.

Attack Weight

Attack Weight meningkatkan Attack Damage anda apabila anda menjaringkan gol dan sangat berguna untuk Machamp dan Cinderace.

Sama seperti Sp.Atk.Specs, item ini memerlukan kemahiran pemain itu sendiri untuk menjadi berguna.

Shell Bell

Shell Bell memberi Pokemon anda Special Damage dan juga Cooldown Reduction.

Item ini juga akan memberi anda HP jika anda berjaya mengenakan Special Damage kepada musuh.

Weakness Policy

All new Held Items in Pokémon UNITE: Season 2 - Dot Esports

Held Item baru terakhir untuk patch ini.

Weakness Policy adalah item yang memberi fokus kepada All-Rounders yang mengharapkan orang untuk menyerang anda.

Tetapi item ini jarang boleh diharap dan tidak banyak Pokemon boleh menggunakannya.

Exp. Share

Exp Share sesuai untuk menaikkan HP dan Movement Speed.

Efek item ini juga membuatkan pasangan laner anda untuk mendapat exp lebih cepat kerana anda memberi semua last hit kepada laner anda tetapi anda masih mendapat exp.

Ia sesuai untuk Pokemon dengan peranan Support.

Tier C

Held Item di dalam Tier C ini merupakan item yang tidak terlalu efektif tetapi masih boleh digunakan.

Banyak item di dalam tier ini telah diganti oleh item lain yang lebih efektif.

Aeos Cookie

Aeos Cookie memerlukan anda untuk menjaringkan gol dan meningkatkan HP anda.

Tetapi tidak terlalu efektif apabila anda ketinggalan jauh kebelakang dalam satu perlawanan.

Leftovers

Leftovers memberi anda HP regeneration pasif apabila keluar dari kombat.

Tetapi terdapat lebih banyak lagi alternatif lain untuk menggantikan Leftovers.

Rocky Helmet

Rocky Helmet akan melantunkan semula beberapa damage yang kena kepada pihak musuh.

Sepatutnya menjadi antara Held Item yang bagus tetapi memerlukan musuh untuk melakukan damage yang besar untuk membuatkan efek Rocky Helmet lebih efektif.

Tetapi stats yang dapat dari Rocket Helmet masih bagus untuk digunakan walaupun efek yang kurang efektif.

Float Stone

Berguna untuk Pokemon Physical Damage yang suka roam seperti Machamp dan Garchomp.

Ini sahaja tier list Held Item setakat patch baru ini untuk Pokemon Unite.

Berkemungkinan besar, posisi Held Item di atas bakal bertukar mengikut meta yang ada.

RELATED NEWS

+