Panduan karakter Sangonomiya Kokomi Genshin Impact – Baik atau tidak?

Sangonomiya Kokomi kini hadir untuk Genshin Impact. Sedikit Informasi dan Guide mengenai Kokomi.

Sangonomiya Kokomi

Kokomi adalah karakter lima bintang dengan elemen Hydro (air) yang menggunakan Catalyst sebagai senjatanya.

Apabila Kokomi naik level, dia akan mendapat Hydro Dmg Bonus untuk membantu dalam mengenakan damage dan juga memberi healing kepada pasukannya.

Sedikit sebanyak fungsi Kokomi adalah untuk menjadi healer kepada pasukan anda dan mempunyai beberapa skill yang meningkatkan damage Normal dan Charged Attack.

Skill Kokomi

Skill pasif Kokomi mempunyai satu benda unik yang lain dari karakter lain iaitu pasif yang membuatkan semua Critical% tetapi digantikan dengan healing bonus%.

Elemental Skill: Kurage’s Oath

Kokomi akan mengeluarkan satu obor-obor digelar “bake-kurage” yang akan mengenakan Hydro damage dan memberi heal kepada ahli pasukan.

Skill ini juga boleh digunakan untuk Elemental Reaction seperti Vaporize dan Electrocharged yang konsisten.

Elemental Burst: Nereid’s Ascension

Genshin Impact 2.1 leaks: Kokomi's Elemental Skill & Burst animations, and  damage stats revealed

Elemental Burst ini akan meningkatkan damage Normal Attack, Charged Attack dan juga menaikkan DMG Bake-Kurage mengikut HP maksima yang Kokomi ada.

Jadi membuat artifak dengan HP% pasti akan membantu anda.

Artifacts dan Senjata apa yang perlu anda guna?

credits: Nable (Hoyolab)

Artifacts untuk Kokomi

Artifacts bagi Healer dan Support:

4 Piece Tenacity of the Millelith

Efek dari Artifacts ini akan membantu Kokomi memberi sedikit buff attack kepada ahli pasukan dan juga memberi healing yang lebih banyak kerana kelebihan dari lebihan HP dari set efek 2 Tenacity of the Millelith.

Untuk Circlet anda perlu menggunakan Healing Bonus % dan HP % untuk kedua-dua Goblet dan Sands anda.

Senjata paling mudah digunakan adalah Thrilling Tales of the Dragon Slayers bagi meningkatkan damage karakter seterusnya yang anda tukar selepas Kokomi.

Anda juga boleh menggunakan senjata lain yang anda ada jika tidak mahu menggunakan Thrilling Tales of the Dragon Slayers.

Senjata untuk Damage Build Kokomi

Senjata terbaik Kokomi mengikut turutan:

1.Everlasting Moonglow

2. Skyward Atlas

3. Prototype Amber

4. Wine and Song

5. Dodoco Tales

Artifacs terbaik untuk Damage Build Kokomi

Banyak kombinasi artifacts yang anda boleh lakukan untuk build ini.

Jadi anda hanya perlu tukar mengikut artifacts apa yang anda ada yang mengikut sub-stats terbaik yang anda ada.

1. 4-Heart of Depths

2. 2-Maiden Beloved + 2-Heart of Depths

3. 2-Tenacity of the Millelith + 2-Heart of Depths

4. 2-Maiden Beloved + 2-Tenacity of the Millelith

5. 2-Maiden Beloved + 2-Emblem of Severed Fate

Setiap artifacts yang anda gunakan mestilah mempunyai beberapa main stats di bawah ini:

Pilih mengikut kesesuaian dan kehendak anda sendiri

1. Energy Recharge/Hydro/Healing Bonus

2. Attack/Hydro/Healing Bonus

3. HP/Hydro/Healing Bonus

Kokomi mempunyai sedikit masalah Energy dan dia memerlukan Energy yang banyak untuk menggunakan elemental burst yang mempunyai 70 Energy.

Jadi karakter battery seperti Xinqiu sangat membantu.

Komposisi pasukan Kokomi:

Kokomi boleh dikatakan agak serba boleh tetapi tidak membuatkannya jadi yang terbaik untuk satu pasukan.

1.Komposisi Taser (Hydro + Electro)

Komposisi ini akan membuat Kokomi menjadi karakter yang banyak mengeluarkan Hydro (air) untuk membantu karakter electro seperti Raiden, Fischl, Beidou, Sara dan lain-lain untuk membuat reaksi Electrocharged yang hampir konsisten.

Karakter terakhir yang anda perlukan adalah support dengan elemen Anemo (angin) untuk memberi buff kepada seluruh pasukan anda.

Ingat anda boleh menukar karakter-karakter di atas kepada karakter lain yang anda ada tetapi dengan elemen yang sama.

2. National Team (Pasukan Meta National Pyro + Hydro dan Anemo)

Pasukan National ini pasti sudah diketahui oleh ramai pemain Genshin Impact.

Kokomi dapat digunakan untuk komposisi tetapi dia tidak semestinya akan menambah kan damage pasukan ini.

Namun mempunyai dua healer seperti Kokomi dan Bennet masih membantu jika Xiangling anda mempunyai artifacts yang kuat.

Seperti biasa karakter Anemo sebagai buff dan cc untuk seluruh pasukan anda.

3. Morgana (Beku selamanya dengan Hydro + Cryo + Anemo)

Pasukan Morgana ini memberi fokus kepada Freeze iaitu membeku segala musuh yang ada kecuali boss.

Kokomi dapat membantu pasukan Morgana sebagai healer dan memberi Hydro untuk Ganyu dan Ayaka membuat Freeze dan damage berterusan.

Konklusi dan pandangan jujur mengenai Kokomi.

Pendapat saya Kokomi sebenarnya adalah kurang memuaskan.

Healing yang diberikan oleh Kokomi adalah sangat baik malah terlebih baik.

Tetapi dengan situasi sekarang Heals adalah sesuatu yang jarang membantu dalam semua situasi.

Malah kita mempunyai Qiqi dan Barbara yang boleh membuat healing dengan lebih efisyen tanpa mengambil masa DPS anda.

Elemetal Skill Kokomi nyata juga sangat membantu dan berguna untuk digunakan sebagai Enabler.

Kokomi terlalu niche untuk situasi Genshin Impact sekarang.

Ingat Genshin Impact ini adalah permainan video PVE tiada PVP.

Anda hanya perlu berlawan dengan AI dan main Genshin Impact mengikut cara anda sendiri.

 *Pihak MyGameOn  juga bakal mengadakan satu giveaway Primogem melalui Codashop kepada pemain dan peminat Genshin Impact.

Jangan lupa follow Instagram, Twitter dan Facebook MyGameOn untuk info lanjut nanti!*

RELATED NEWS

+