Paper Mario: The Origami King diumumkan untuk Nintendo Switch

Siri Paper Mario terkenal sebagai salah satu siri role-playing game (RPG) yang hebat di konsol keluaran Nintendo dari Nintendo 64 sehingga Wii U. Judul terbaru siri tersebut bakal tiba di konsol terkini Nintendo.

Nintendo telah mengumumkan Paper Mario: The Origami King. Ia akan dilancarkan secara eksklusif di Nintendo Switch pada 17 July 2020. Judul ini merupakan sambungan kepada Paper Mario: Color Splash yang dilancarkan di Wii U pada tahun 2016.

Ini merupakan satu kejutan kepada ramai peminat siri Paper Mario kerana ia diumumkan secara tiba-tiba dan ia akan dilancarkan dalam masa sekitar dua bulan selepas pengumuman ini.

Apa-apa pun, ini merupakan sebuah pengumuman yang menyeronokkan kerana ia membawa kembali antara siri RPG yang paling disayangi di konsol Nintendo.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+