Para gamers di Asia bakal cecah 1 bilion menjelang 2026 ini

Menjelang 2026, sepuluh pasaran di Asia akan mempunyai lebih 1 bilion para pemain video.

Di India, pasaran permainan video akan meningkat sebanyak 21% menurut laporan Pasaran Permainan video Asia.

Niko juga membuat ramalan walaupun dengan masalah kekangan ekonomi, permainan video di PC dan peranti mudah alih akan terus menunjukkan peningkatan dalam lima tahun ini.

Antara negara yang termasuk adalah Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taipei, Jepun, Korea dan India.

Niko Partners juga mengatakan pasaran PC dan permainan video mudah alih akan membawa keuntungan AS$41.4 bilion (RM182 bilion) pada tahun 2026.

Penurunan harga GPU juga menjadi salah satu punca untuk lebih ramai orang membeli PC.

India, Thailand dan Filipina juga sangat pesat  dalam kenaikan pasaran permainan video.

Rujukan: Venturebeat

RELATED NEWS

+