Pasukan Dendi, B8, akhirnya menang selepas tewas 21 perlawanan berturut-turut

Dendi amat terkenal sebagai pemain Dota 2 yang membawa watak Pudge dengan baik. Malah, Pudge miliknya lah yang mencipta Fountain Hook menjatuhkan pihak lawan di The International 3.

Namun, pasukan baru Dendi, B8, tidaklah segempar pada zaman kegemilangannya dahulu. Pasukannya juga memegang rekod kekalahan berturut tertinggi di Dota 2 kompetitif dengan 26 kekalahan berturut di pusingan kelayakan BEYOND EPIC Europe/CIS 2020.

Prestasi pasukannya juga tidak lah begitu baik di Winline Dota 2 Champions League Season 7, dengan 21 kekalahan berturut di siri itu. Tetapi nampaknya B8 dan Dendi sedang membangun dan memutuskan rantai kekalahan itu dengan memenangi perlawanan menentang IVY

B8 berjaya memenangi perlawanan menentang IVY dimana IVY sudah memusnahkan Tower T4 serta Barracks dan berjaya menghantar Mega Creeps. Tetapi pasukan Dendi tetap bertahan dan berjaya menewaskan IVY dengan skor keseluruhan 2-0.

Dendi berharap bahawa kemenangan ini bukan sementara dan momentum ini dapat diteruskan dalam liga itu.

Sumber rujukan: Aroged, Dotesports

TAGS

RELATED NEWS

+