Pasukan Dota 2 Elephant dibubarkan rentetan prestasi yang kurang memuaskan

Pasukan Dota 2 dari China, Elephant, dibubarkan rentetan prestasi yang kurang mengancam di kejohanan Dota 2 terbesar di dunia iaitu The International 10 (TI10).

Skuad itu juga dilaporkan tidak dapat menunjukkan taringnya di kejohanan-kejohanan yang lain sebelum TI10 yang juga menyumbang kepada pembubaran pasukan China itu.

Pasukan itu mengesahkan bahawa ia membubarkan pasukan Dota 2 selepas khabar angin yang sama tersebar sejak sekian lama. Dalam catatan di Weibo, pasukan itu berkata bahawa kontrak Zhang ‘Eurus’ Chengjun dan jurulatih Bai ‘rOtK’ Fan sudah tamat, tiga lagi kontrak pemain ditamatkan serta merta.

Pemain pinjaman, Xie ‘Super’ Junhao, yang dipinjamkan daripada Royal Never Give Up, tamat tempoh dan beliau kembali ke Royal Never Give Up. Elephant, yang mempunyai pasukan dalam judul e-sukan lain juga sudah menjadikan bahagian Dota 2 tidak aktif sebagai sebahagian daripada perubahan ini.

Inilah barisan pemain Dota 2 Elephant yang sudah dibubarkan:

  • Zhang ‘Eurus’ Chengjun
  • Lu ‘Somnus丶M’ Yao
  • Zhou ‘Yang’ Haiyang
  • Xu ‘fy’ Linsen
  • Xie ‘Super’ Junhao
  • Bai ‘rOtK’ Fan

Pasukan itu juga berkata bahawa ia mencuba yang terbaik dan memberikan sokongan kewangan terbaik kepada pemain, tetapi pasukan itu tidak dapat memenuhi jangkaan yang dibangunkannya, justeru organisasi itu memilih untuk meneruskan keputusan pembubaran.

Salah satu faktor pembubaran pasukan adalah selepas tahun yang dipenuhi dengan isu kontrak dan prestasi merosot. Dalam menyusun barisan pemain tahun lepas, terdapat masalah dengan kenalan dan kewangan, tetapi isu akhirnya dapat diselesaikan.

Elephant kelihatan bersedia untuk menuju kejayaan, tetapi selepas beberapa persembahan yang baik dalam kejohanan China, pasukan itu mempamerkan persembahan hambar semasa Dota Pro Circuit (DPC) 2021.

Mereka gagal melayakkan diri untuk kedua-dua Majors, menduduki tempat kelima dalam kedua-dua liga serantau. Akhirnya, Elephant berjaya mara ke The International 10 melalui kelayakan serantau, tetapi di sana ia mempunyai prestasi yang mengecewakan sekali lagi membawa kepada penamat tempat ke-13-16.

Perlu diingatkan beberapa pemain masih terkandas di Romania hampir sebulan selepas penutupan The International 10 (TI10) seperti beberapa pemain Fnatic. Walaupun berpisah dengan mereka akan tetap fokus pada kepulangan mereka dengan selamat ke China.

Setakat ini, Elephant tidak mengumumkan pasukan gantian untuk liga serantau yang akan datang. Beberapa khabar angin timbul mengenai lima pemain yang menyertai pasukan baharu, tetapi tiada apa yang disahkan setakat ini.

Sumber rujukan: Weibo

RELATED NEWS

+