Pasukan Dota 2 Omega Esports diharamkan oleh Valve sebab ‘matchfixing’

Omega Esports adalah organisasi e-sukan yang bertapak di Filipina dengan pemilikan beberapa pasukan e-sukan termasuk Dota 2, League of Legends: Wild Rift, Tekken 7, Mobile Legends, and Call of Duty Mobile.

Pasukan Asia Tenggara ini bagaimanapun diharamkan oleh semua acara atau pertandingan rasmi Valve.

Omega Esports diharamkan akibat matchfixing. Istilah ini bermaksud sengaja memberi kelebihan kepada lawan untuk menang perlawanan dengan niat menang duit taruhan.

Beyond the Summit (BTS) yang menjadi penganjur untuk Dota Pro Circuit Asia Tenggara 2021-2022 mengumumkan lima pemain termasuk jurulatih mereka diharamkan dari bertanding.

Omega Esports kini kehilangan tempat Divisyen 1 kepada BOOM Esports yang mendapat tempat ketujuh untuk tahun lepas.

Matchfixing dari Omega Esports ini dilakukan oleh enam orang dari pemain dan bekas pemain Omega Esports.

  • Prince “Prince” Daculan

  • Patt “Piolz” Piolo Dela Cruz

  • Van Jerico “Van” Manalaysay

  • Dave “Hiro” Hiro Miyata

  • Ryniel Keit “Zenki” Calvez

  • Chris “CTY” Ian Francis Maldo

Sebelum ini Omega Esports membubarkan pasukan Wild Rift mereka dan untuk Mobile Legends Bang Bang pula mereka menghadapi kes yang sama iaitu matchfixing.

RELATED NEWS

+