“Pasukan Filipina cepat menyesuaikan diri semasa kejohanan berlangsung,” – Vynnn

Menerusi sebuah video pendek di akaun Youtube rasmi RRQ Hoshi, pemain profesional pasukan itu, Vynnn, menyatakan kekuatan pasukan Filipina.

“Saya mengakui pasukan di Filipina, bukan sahaja RSG PH, mereka sangat bagus dalam menyesuaikan diri ketika kejohanan sedang berlangsung,” kata Vynnn.

“Mereka sangat pantas dalam menganalisis pihak lawan, menukar gaya permainan, dan banyak lagi. Saya mengaku mereka cukup cepat mengadaptasi perlawanan,” katanya.

Pada kejohanan MSC 2022 yang lepas, RRQ Hoshi adalah salah sebuah pasukan yang dijangkakan akan memenangi kejohanan itu selepas mereka berjaya menewaskan pasukan RSG PH di pusingan akhir upper bracket dengan skor 3-1.

Namun, langit tak selalu cerah, awan pula tak selalu mendung. Pada pusingan Grand Final MSC 2022, RRQ Hoshi harus akur dengan kekalahan mereka ke atas pasukan RSG PH dengan skor 4-0. 

Sudah terang lagi bersuluh pasukan RSG PH sememangnya pantas dalam mencari strategi yang sesuai untuk mengalahkan RRQ Hoshi.

Foto: Instagram Vynnn

RELATED NEWS

+