Pasukan MENA tidak akan bertanding di Wild Rift Origin Series 2021 Championship

Riot Games baru-baru ini mengumumkan bahawa pasukan daripada Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) tidak akan sertai kejohanan Wild Rift Origin Series 2021 Championship yang akan diadakan pada 24 – 26 September ini.

Hal ini turut diumumkan melalui laman Facebook mereka, menyatakan pembatalan penyertaan mereka untuk kejohanan yang akan diadakan di Stockholm, Sweden ini disebabkan isu visa yang dihadapi pasukan-pasukan itu. 

Berikutan perubahan ini, jumlah pengagihan hadiah terkumpul sebanyak RM733,000 dan format kejohanan terpaksa diubah untuk disesuaikan dengan pasukan yang bertanding. 

Berikut ialah pembahagian hadiah kemenangan selepas perubahan:

  • Juara – €84,000 (±RM410,000)
  • Kedua – €32,000 (±RM157,000)
  • Ketiga/Keempat – €15,000 (±RM73,600)
  • Kelima – €7,500 (±RM36,800)

Peringkat Kumpulan

  • 24 September 2021 – 8.00 pm waktu Malaysia.

Peringkat Separuh Akhir

  • 25 September 2021 – 11.00 pm waktu Malaysia.

Peringkat Akhir

  • 27 September 2021 – 12.00 am waktu Malaysia.

Kejohanan ini akan dimulakan dengan peringkat kumpulan dii mana terdapat hanya satu kumpulan terdiri daripada 5 pasukan. Perlawanan mereka akan ditentukan dengan satu terbaik (BO1) bagi menentukan empat pasukan terbaik. 

Di peringkat separuh akhir ini, pasukan yang mempunyai mata tertinggi daripada peringkat kumpulan mempunyai kelebihan iaitu untuk memilih pihak lawan mereka sendiri. Perlawanan diperingkat ini akan dijalanankan secara lima terbaik (BO5).

Manakala bagi bagi pusingan akhir, perlawanan ditentukan dengan tujuh terbaik (BO7) untuk dijulang sebagai juara Wild Rift Origin Series 2021 Championship dan sekaligus akan menerima hadiah RM410,000.

Bagi anda yang ingin menyaksikan kejohanan ini, anda boleh melayari saluran Twitch, Youtube atau Facebook Origin Series.

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+