Pasukan NBA iaitu Charlotte Hornets baru-baru ini telah dikecam netizen Amerika Syarikat kerana memberi hadiah PlayStation 5 (PS5) kepada seorang budak sebagai hadiah krismas.
Namun, PS5 itu telah diambil semula sejurus selepas habis rakaman.
Kejadian ini berlaku pada 16 Disember lepas dimana Charlotte Hornets berlawan dengan Philadelphia 76ers, seorang peminat mudah telah dibawa ke gelanggang dan diberikan hadiah PS5. Tetapi hadiah itu diambil semula dan hanya diberikan jersi.
Budak tersebut dikatakan mahu sebuah PlayStation 5 setelah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam ujiannya.
You guys want to see a cheap sports organization?
In this video my best friend&his nephew get called onto court for a special segment where they gift the kid a PS5 publicly… w/cameras off they TOOK IT AWAY and gave him a jersey.
😂 Take a bow @hornets… crushed the kid pic.twitter.com/mcj5hhsuM5
— USMNT_STAN (@StanUsmnt) December 17, 2024
Menurut laporan dari Boston 25, pasukan sorak dan orang-orang terlibat juga hairan mengapa PS5 itu diambil semula oleh staf.
Tetapi pakciknya yang berada bersama budak itu tahu mengenai perkara itu sebelum PS5 diberikan.
Untuk pasukan yang bernilai bilion AS$, mengambil semula hadiah Krismas atas alasan prank sangat tidak disukai ramai.
Pasukan Hornets kini telah memohon maaf dan akan memberikan PS5 tersebut kepada budak itu termasuk kepasukan VIP untuk perlawanan Hornets akan datang.
Statement from #Hornets on last night’s promotion.
They’re giving the kid a PS5 and VIP experience for future game. @wcnc pic.twitter.com/rbGW4sAIKB
— Nick Carboni (@NickCarboniWCNC) December 17, 2024
Malah pasukan Hornet juga telah mendapat balasan karma kerana mereka kalah kepada Sixers 121-108 malam itu.