Pasukan Red Canids juara MPL Brazil musim pertama, layak ke M3

MPL Brazil musim pertama kini sudah melabuhkan tirainya selepas peringkat liga bermula pada 14 Ogos sebelum ini. Peringkat playoff bermula pada 9 Oktober dan Grand Final pada 16 Oktober lalu.

Kemaraan mereka dari peringkat lower bracket berhasil selepas menewaskan pasukan Moom dan Dreammax Esports.

Pasukan Red Canids muncul juara selepas berhempas pulas di peringkat Grand Final menentang pasukan yang sangat kuat ketika musim liga iaitu Vivo Keyd dengan skor 3-2. 

Mereka berjaya membawa pulang trofi serta wang hadiah berjumlah AS$12 ribu (RM50 ribu).

Ini bermakna pasukan Red Canids akan mewakili Brazil untuk ke Kejohanan Dunia M3 nanti bersama Vivo Keyd. Terdahulu, pasukan Dreammax berjaya menjadi wakil Brazil ke Kejohanan Dunia M2. 

Kejohanan Dunia M3 akan menyaksikan 16 pasukan akan merebut gelaran juara serta wang hadiah terkumpul sebanyak AS$800 ribu (RM3.3 juta) pada bulan Disember ini.

RELATED NEWS

+