Pasukan region CIS berputih mata lagi, terlepas slot ke Siri Dunia Free Fire atas konflik luar?

Liga CIS Path Of Champions yang mencakupi negara seperti Russia, Kazakhstan, Ukraine, Moldova, Belarus, Kyrgyzstan dan Tajikistan tampak sekali lagi tidak akan hadir ke Siri Dunia Free Fire Bangkok musim ini.

Hal tersebut diumumkan secara rasmi menerusi Instagram rasmi Free Fire Russia Esports. 

Menerusi satu muat naik, “Pasukan finalis Path of Champions CIS Free Fire akan menerima jemputan ke kejohanan CIS, yang akan diadakan tidak lama lagi. Namun, pemain tidak akan mengambil bahagian dalam Siri Dunia Free Fire”.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Киберспорт Free Fire RU 🏆 (@esportsffru)

Pada musim lepas liga ini dikenali sebagai Liga Pro CIS (Pro League CIS) yang telah menyediakan dua slot ke Siri Dunia Free Fire Sentosa 2022.

Walau bagaimanapun, selepas 8 hari perlawanan, kejohanan itu terpaksa dibatalkan atas konflik peperangan Russia-Ukraine.

Region CIS adalah salah satu liga utama dalam kalendar e-sukan Free Fire yang telah hadir dalam beberapa edisi peringkat dunia.

Jumlah bilangan peminat dan penonton agak memberangsangkan setiap kali kejohanan majors dipertandingkan.

Liga dan Grand Final Path of Champions telah berlangsung selama hampir sebulan.

Pasukan dari Kazakhstan, Esports Orig ditabalkan sebagai juara keseluruhan dan memperoleh slot ke Grand Final Siri Dunia Free Fire (FFWS) Bangkok November ini manakala Virtus.pro mendapat slot Play-In

Hal ini mencetuskan perbalahan dan perspektif buruk daripada penggiat e-sukan kerana liga CIS telah selesai namun pihak pembangun permainan Garena Free Fire mengeluarkan kenyataan yang membuatkan segelintir pemain kecewa terhadap keputusan itu.

Setakat ini masih belum dijelaskan lagi dengan lebih lanjut tentang slot kedua-dua pasukan ini tetapi bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Konflik antara Russia dan Ukraine antara topik hangat yang menjadi buah mulut kerana perkara tersebut masih berlarutan sehingga kini.

RELATED NEWS

+