"> " /> " />

Pasukan Rule Number 1 juara Creators Collision Wild Rift, bawa pulang RM20,000

Pasukan pempengaruh tanah air, Rule Number 1 berjaya memenangi kejohanan Creators Collision All Star Wild Rift semalam selepas menewaskan Team Angkor di pusingan Grand Final yang mana mereka berjaya mendapatkan kemenangan bersih 3-0. 

Rule Number 1 diketuai oleh pemain-pemain Malaysia iaitu Bexed dan dibarisi oleh Fredo, Syno, Flare dan Nash Gaming. Hasil kemenangan tersebut, mereka membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM20,000.

Fredo sebelum ini pernah menyertai kejohnanan Wild Rift Pentaboom Showdown Asia Tenggara yang mana beliau bersama Soloz, Penjahat, Ismail Izzani dan Harris Annuar peroleh tempat ketiga sebagai Team Mystic.

Jadi tidak hairanlah pasukan Rule Number 1 ini kembali menyengat di acara kali ini.

Bexed juga memperoleh hadiah RM2,000 sebagai pemain terbaik (MVP) di Creators Collision. Pasukan Team Angkor dan Bantai masing-masing bawa pulang RM15,000 dan RM10,000.

Sumber rujukan dan foto: eGG Network

RELATED NEWS

+