Team SMG berjaya layak ke kejohanan dunia M3

Perlawanan kali ini akan menentukan pasukan yang akan layak ke Kejohanan Dunia, M3 untuk mewakili Malaysia. 

Tahniah kepada Team SMG kerana berjaya memenangi perlawanan ke atas Orange Esports, 3-2!

Jom baca huraian perlawanan.

PERLAWANAN KEDUA

Orange Esports masih menggunakan draft yang sama dengan membawa Balmond, Yu Zhong dan Yve. Pasukan Orange Esports mendominasi pada minit awal permainan, memberikan tekanan kepada pasukan SMG.

Namun begitu, kesilapan yang dilakukan pasukan Orange berjaya memberikan Wynn 8 kill secara keseluruhan.

Hayabusa dengan penggunaan Ougi: Shadow Kill beberapa kali berjaya menumbangkan Yve dan Angela dari pasukan Orange Esports.

Ditambah lagi dengan burst damage dari Feathered Air Strike membuatkan pasukan Orange Esports tidak mampu untuk mempertahankan base mereka pada minit ke-14.

PERLAWANAN KELIMA

Pasukan Orange Esports membawa masuk Lancelot untuk digunakan LinkEzaa buat pertama kalinya. Beliau sering digelar king of fighter kerana sering menggunakan hero fighter.

Namun begitu, pasukan SMG lebih berdisiplin dalam melakukan rotasi. Pasukan Orange Esports terus diasak berulang kali oleh Sasa dan pasukan SMG terus snowball untuk memenangi pertarungan demi pertarungan

Mereka berjaya mendapatkan Lord pada minit ke-15 selepas pertarungan yang cukup hebat berlaku. Pasukan SMG kemudian menamatkan permainan tidak berapa lama kemudian.

Pasukan SMG akan menjadi wakil Malaysia pertama yang akan ke Kejohanan Dunia, M3 dan layak ke peringkat grand final. Tahniah diucapkan kepada pasukan SMG. Pasukan Orange Esports masih mempunyai peluang pada hari esok untuk bermain di lower bracket final.

RELATED NEWS

+