Pasukan SMG sekali lagi konsisten pada minggu ini

Team SMG berjaya menang bersih 2-0 ke atas juara musim ketujuh, RSG Malaysia. Walau bagaimanapun, perlawanan itu tidak mudah dan sangat sengit untuk dimenangi pasukan RSG terutamanya perlawanan kedua.

Menurut Smooth ketika ditanya cabaran di perlawanan kedua “Komunikasi di perlawanan kedua agak susah untuk kami membuat plan oleh kerana Lolealz memakai Benedetta dan beliau tidak mudah untuk ditangkap dan sering melakukan cutlane untuk menghalang minion dari pushing ke arah base RSG”.

Ketika ditanya mengenai mood mereka sewaktu kemenangan yang konsisten pada minggu ini “Kami sangat gembira kerana minggu ini adalah paling konsisten berbanding minggu lepas dan lineup minggu ini paling stabil setakat ini” ujarnya.

Strategi pasukan SMG untuk menghadapi kumpulan B adalah mengharapkan James untuk memberikan strategi yang diperlukan dan meningkatkan lagi mutu permainan mereka.

Selain itu, Smooth juga mengharapkan sokongan kepada para peminat untuk terus memberikan sokongan meskipun mereka mengalami kekalahan dan jangan berputus asa untuk menyokong pasukan SMG.

RELATED NEWS

+