Patch 5GB Realtime Experience Abandoned adalah teaser kedua yang Blue Box lancarkan sebelum ini

Selepas beberapa penangguhan, Blue Box Games Studio sudah melancarkan “Realtime Experience Patch” untuk permainan seram mereka Abandoned.

Selepas dimuat turun atau dikemas kini fail sebesar 5GB ke PS anda, aplikasi itu melancarkan video acah empat saat tanpa sebarang informasi tambahan atau konteks.

Jika video itu kelihatan sama, ia kemungkinan kerana ini adalah video yang sama pernah ditayangkan oleh pihak Blue Box Games Studio melalui laman Twitter mereka pada Selasa lalu, pada hari Realtime Experience Patch sepatutnya tiba di PS5.

Blue Box Game Studio menyatakan isu teknikal menjadi sebab penangguhan patch itu. Ini termasuk ciapan yang kini telah dipadam menyatakan pasukan pembangun menghadapi “pelbagai isu enjin” berikutan glitch pada grafik. 

Selepas video itu, satu mesej tertulis “Gameplay Prologue Coming Soon” muncul. Bahkan, sebelum menonton video acah itu, laman menu menunjukkan enam slot – lima daripadanya kosong, dengan setiap slot dilabel sebagai “trailer sinematik” dan “demonstrasi permainan #1”.

Blue Box Game masih lagi tidak berkongsi sebarang perincian tambahan mengenai Abandoned. Malah, dengan kurangnya komunikasi dan trek rekod yang meragukan, ianya sukar untuk dikatakan apa akan berlaku kemudian. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+