Patut Ke Korang Main Fortnite Di Nintendo Switch? Ikuti Laporan Ini

Fortnite dah hadir ke Nintendo Switch dan tersangat popular. Digital Foundry melaporkan bagaimana visual permainan itu dibandingkan dengan konsol terhebat di pasaran sekarang iaitu Xbox One X.

Ia bukanlah perbandingan adil tapi video sebelah-menyebelah ini sangat membantu untuk menjelaskan visual di Switch bagi Fortnite. Respons pula sangat positif setakat ini. Jom saksikan video di bawah bagaimana permainan itu running di Switch menerusi analisis dijalankan.

Mengikut laporan itu, visual adalah kurang memuaskan (berbanding di Xbox One X) tapi ia boleh dimainkan dengan baik. Di Switch, ia hanya running dengan kadar 30 fps dan korang takkan mempunyai pengalaman bermain yang sama di PC dan PlayStation 4 atau Xbox One yang lebih lancar.

Ia juga akan running dalam resolusi 1600 x 900 jika docked jadi visual perlu ‘dikorbankan’ sedikit. Jika terlalu ramai pemain dalam satu kawasan, fps boleh jatuh ke 25 dan juga visual yang akan drop

Tapi secara keseluruhannya, ia boleh dimainkan dengan okay dan juga secara on-the-go. Kalau korang jenis yang suka keluar dan sangat sibuk, bolehlah cuba versi di Switch ini nanti. Epic Games dah buat yang terbaik untuk port ini, dan fokusnya bukanlah visual tapi kelancaran permainan itu sendiri.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+