Pekerja Ubisoft mula meninggalkan syarikat

Ubisoft dilaporkan menghadapi krisis dalaman selepas sebilangan besar pekerjanya mula meninggalkan syarikat itu selepas terdapat pertuduhan berlaku kekasaran terhadap pekerja dan ketidakpuasan hati para pekerja.

Antara yang meninggalkan Ubisoft ialah 25 pekerja yang nama mereka tersenarai di dalam kredit Far Cry 6, dan 12 daripada Assassin’s Creed Valhalla.

Bahkan sebilangan besar pekerja bertaraf rendah dan sederhana juga dilaporkan meninggalkan syarikat itu.

Dikatakan kira-kira 60 pekerja daripada studio mereka di Toronto dan Montreal meninggalkan syarikat.

Isu ini secara langsung telah mengakibatkan beberapa projek tergendala. 

Isu dalaman Ubisoft masih lagi berlanjutan sehingga kini sejak pertengahan 2020.

Antaranya ialah isu bayaran rendah, kekecewaan pada hala tuju kreatif syarikat, terlalu banyak persaingan dan kepincangan syarikat itu menguruskan skandal dalaman.

Sumber: PC Gamer, Axios.

 

RELATED NEWS

+