Pelakon Indonesia, Joe Taslim Adalah Karakter Baru Dalam Free Fire

Garena baru-baru ini umum kolaborasi antara Free Fire dan pelakon serta pengamal martial arts Indonesia iaitu Joe Taslim.

Beliau kali pertama muncul dalam permainan mudah alih battle royale itu sebagai pemain Indonesia yang boleh dimainkan.

Joe yang juga dikenali sebagai Jota dalam permainan tersebut boleh dimainkan bermula hari ini di Indonesia dahulu, disusuli dengan pelancaran seluruh dunia pada 18 Mac. Kolaborasi ini dibuat bagi menunjukkan elemen dan budaya Indonesia kepada dunia.

Jota adalah seorang military spy yang menyamar sebagai stuntnman yang mahir dalam aktiviti parkour dan dilengkapi kuasa Sustained Raid. Jika anda membunuh menggunakan SMG atau Shotgun, Jota boleh sembuhkan nyawa kembali sebanyak 40 HP dengan lima saat cooldown.

Joe akan membintangi sebagai Sub Zero dalam adaptasi filem Mortal Kombat.

Bagi yang tak mengenalinya, Joe popular selepas membintangi The Raid, Fast & Furios 6 dan Star Trek Beyond. Joe juga akan memainkan watak ikonik Sub-Zero dalam Mortal Kombat sempena adaptasi dari permainan video yang sama.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+