Pelakon Sex Education, Asa Butterfield sertai Team Liquid

Pelakon British, Asa Butterfield nampaknya semakin murah rezeki apabila dilamar masuk menyertai keluarga Team Liquid.

Butterfield yang juga pelakon popular siri Netflix (Sex Education), Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children dan Ender’s Game ini mempunyai personaliti yang bersahaja dan selalu aktif di Twitter. Di bawah adalah pengumumannya menerusi satu ciapan.

Ramai yang tertanya-tanya sekarang,Ā gameĀ apa yang beliau sering mainkan? Sebelum ini Butterfield pernah bermain secara kompetitif dalam e-sukan sebagai pemain Super Smash Bros. Ultimate. Butterfield juga pernah bermain untuk Panda Global di bawah nama Stimpy.

Judul e-sukan kegemarannya adalah Smash dan Dota 2.

Team Liquid mungkin meletakkan Butterfield sebagai pencipta kandungan mereka dan meneruskan kerjaya sebagaiĀ streamerĀ di Twitch. Kali terakhir akaunnya aktif adalah pada 2017 jadi mungkin ini bakal berubah kelak.

Sumber rujukan: VP Esports

Ikuti kami diĀ Facebook, Twitter danĀ Instagram.Ā Saksikan kami diĀ YouTube.

RELATED NEWS

+