Kristofer Hivju terkenal dengan lakonannya sebagai Tormund Giantsbane dalam siri televisyen Game of Thrones. Beliau akan memainkan watak Nivellen dalam musim kedua siri Netflix The Witcher.
Malangnya, Kristofer telah mengesahkan bahawa beliau disahkan menghidapi COVID-19 atau juga dikenali sebagai Novel Coronavirus. Pihak Netflix akan melakukan proses pembersihan di set rakaman The Witcher untuk memastikan individu lain tidak dijangkiti.
Pengesahan ini diumumkan oleh Kristorfer sendiri melalui laman Instagramnya. Beliau telah pulang ke Norway untuk bersama keluarga dan kini mereka sekeluarga perlu mengkuarantin diri di rumah.
Nampaknya proses penggambaran musim kedua The Witcher akan ditangguhkan akibat situasi. Diharapkan Kristofer dan keluarga selamat dan kru produksi The Witcher tidak dijangkiti COVID-19.
Musim kedua siri Netflix ini pada asalnya dijualkan untuk dilancarkan pada tahun 2021. Pada waktu ini, masih tiada apa-apa berita baru daripada pihak Netflix.
Sumber: Deadline
Foto: The Hollywood Reporter
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.