Pelancaran Ghost of Tsushima Ditunda Ke 17 Julai 2020

Konsol Sony seterusnya PlayStation 5 (PS5) dianggarkan untuk dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Oleh itu, ramai orang menganggap 2020 sebagai tahun terakhir buat konsol PlayStation 4 (PS4) dan mengharapkan judul seperti Ghost of Tsushima antara pengakhiran yang hebat untuk generasi ini.

Malangnya, pihak PlayStation telah mengumumkan bahawa tarikh pelancaran Ghost of Tsushima telah ditunda ke 17 Julai 2020. Sebelum ini, Sucker Punch (pembangun) mengumumkan bahawa judul tersebut akan dilancarkan pada 26 Jun 2020.

Melalui Twitter, Sucker Punch menyatakan bahawa Ghost of Tsushima hampir siap tetapi masih ada beberapa butiran terakhir yang perlu disempurnakan. Mereka juga menghadapi cabaran dalam mengubah ke cara kerja baharu (bekerja dari rumah).

Pada waktu yang sama, tarikh pelancaran baharu untuk The Last of Us Part II juga telah diumumkan. Judul tersebut pula akan dilancarkan pada 19 Jun 2020.

Pada pendapat penulis, penundaan ini merupakan satu keputusan yang bijak kerana kedua-dua judul di atas sangat popular. Jika kedua-duanya dilancarkan pada tarikh yang terlalu dekat, ia akan memecah-belahkan jualan.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+