Pelancaran Ninjala ditangguhkan ke 25 Jun 2020

Ninjala merupakan permainan video multi-pemain yang bakal dilancarkan secara eksklusif di Nintendo Switch. Malangnya, penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan pelancaran judul tersebut ditangguhkan.

GungHo Online Entertainment (pembangun) telah mengeluarkan kenyataan untuk mengumumkan bahawa tarikh pelancaran Ninjala kini diubah ka 25 Jun 2020. Pada asalnya, judul tersebut dijadualkan untuk dilancarkan pada 28 Mei 2020.

Satu perkara yang menarik mengenai Ninjala ialah ia merupakan permainan perlawanan arean multi-pemain percuma. Pihak pembangun pernah menyatakan pemain hanya perlu membayar untuk mendapatkan barangan kosmetik dan kandungan lain-lain.

Sumber: GungHo Online Entertainment

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+