Pelancaran Outriders ditunda ke 1 April 2021

Square Enix telah mengumumkan bahawa tarikh pelancaran Outriders telah dipindahkan ke 1 April ini. Sebelum ini, Square Enix merancang untuk melancarkan permainan tersebut pada 2 Februari ini.

Sama seperti kebanyakan permainan bertaraf AAA, Outriders boleh dipra-tempah pada harga RM239 di PlayStation Store dan pada harga RM234 di Steam. Harga yang tinggi ini merupakan satu pelaburan besar untuk kebanyakan pemain. Oleh itu, Square Enix memberi peluang kepada kita semua untuk mencuba permainan ini dalam sebuah demo percuma.

Demo percuma Outriders akan dilancarkan 25 Februari tahun ini. Para pemain boleh mencuba beberapa jam pertama permainan ini secara bersendiri atau secara multi-pemain dengan rakan-rakan. Kesemua empat kelas watak boleh dimain dalam demo ini.

Ini merupakan kali kedua pelancaran Outriders ditunda. Penulis berharap ini tidak bermaksud proses pembangunan permainan ini sedang melalui apa-apa masalah besar.

Outriders akan dilancarkan untuk PC, PlayStation 5 (PS5), PlayStation 4 (PS4), Xbox Series, dan Xbox One. Versi Google Stadia akan dilancarkan pada masa depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+