Baru-baru ini RHINOSHIELD dan SEM9 telah bekerjasama untuk melancarkan produk baharu mereka ke pasaran.
Bersempena dengan pelancaran RhinoBuff FPS Precision Kit, pertandingan RHINOSHIELD PUBGM Tournament telah diadakan dengan hadiah wang terkumpul sebanyak RM5,000 berserta iPhone 15 bagi MVP dan peluang untuk menyertai TDM bersama UHigh dan Manparang dari SEM9.
Produk RhinoBuff FPS Precision kit ini adalah kes telefon bimbit khas untuk permainan e-sukan PUBGM yang dilengkapi dengan dua butang ditepi untuk memudahkan tembakan, dengan skrin perlindungan telefon bimbit tersendiri, serta reka bentuk “Bumper” untuk mengurangkan haba panas ketika bermain.
Pertandingan ini diadakan untuk memberi peluang kepada penggiat e-sukan tempatan untuk mencabar diri mereka bagi menimba ilmu dalam sesi forum yang diadakan.
Mod Team Death Match juga diadakan sebagai acara dimana pemain bersama ManParang dan UHigh menggunakan iPhone 15 yang dilengkapi dengan RhinoBuff Precision FPS Kit untuk merasakan perbezaan bermain dengan kit ini.
Sebanyak 38 jumlah pasukan terlah bertarung untuk mendapatkan 8 teratas dan pertandingan ini dimenangi oleh FRE MYX dengan 45 mata keseluruhan diikuti KEA dan RBX Matrix.
Pertandingan ini telah dibawa khas oleh RHINOSHIELD PTE. LTD iaitu syarikat pereka aksesori telefon bimbit dari Taiwan yang memberi fokus kepada bahan skrin tahan calar dan tahan retakan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman rasmi RHINOSHIELD.