Peluang memenangi Yamaha Y15R V2 dari Honor of Kings di Comic Fiesta

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Honor of Kings akan menjalankan banyak aktiviti musim cuti di Comic Fiesta hujung minggu ini.

Foto: Level Infinite

Setiap pemain kini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah dari booth Honor of Kings termasuk Yamaha Y15R V2! 

Antara hadiah yang boleh dimenangi dalam acara Ride Of Glory adalah 50 telefon pintar Infinix Hot, helmet kolaborasi Gracshaw, baucar dari JBL, 50 fon telinga JBL Quantum, Baucar wang tunai AEON dan tiket ke Skyline Luge.

Foto: Level Infinite

Ride of Glory adalah ganjaran buat peminat Honor of Kings Malaysia yang selalu mendapat sambutan sejak dilancarkan Julai lepas dengan 50 juta muat turun dan acara e-sukan besar di sini.

Dua cosplayer terkenal juga akan hadir di sana iaitu Xiao Ru dan Nico Chai.

Foto: Level Infinite

Untuk menyertai acara Ride of Glory, anda perlu menekan butang Events di tab ke-empat di Honor of Kings untuk ke laman web rasmi acara ini.

Setiap pemain boleh mendapat bonus tiket tambahan dengan mendapat cop Comic Fiesta dengan peluang memenangi Menki Plushie, keychain, dan lanyard.

Booth Honor of Kings ini akan berada di Booth A11-A14 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Selain itu, Hero baru Yixing juga sudah boleh dimainkan di Honor of Kings.

Foto: Level Infinite

RELATED NEWS

+