Pemain boleh cuba pakaian kontinjen Malaysia di acara pembukaan Olimpik 2020 dalam Animal Crossing

Kehangatan Olimpik 2020 untuk kontinjen Malaysia juga kini boleh dirasai di Animal Crossing: New Horizons.

Seorang pemain Animal Crossing tempatan, Kurosaki Kei telah mencipta semula kostum tersebut dalam permainan itu, lapor Aksiz.

Sumber: Kurosaki Kei

Busana itu direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam, diinspirasikan oleh Laksamana Hang Tuah.

Dengan rekaan ini, pemain tempatan boleh menyokong kontinjen Malaysia di temasya Olimpik 2020 sambil bermain Animal Crossing: New Horizons. 

Pemain yang berminat untuk mencuba boleh dapatkan kod di bawah yang dikongsi acnhwithyou di laman Facebook beliau. 

  • Pakaian lelaki: MO-210R-79LJ-HSVG
  • Pakaian wanita: MO-Q6TQ-F1D0-KGY8
  • Bendera Malaysia: MO-3CV9-MQC9-M278

Sumber rujukan: Aksiz

RELATED NEWS

+