Di dalam satu video Youtube yang dimuat naik oleh Pencil Robot, pemain Geek Fam, Nik Aqieff atau Dominus yang sedang streaming bermain Mobile Legends seperti dihujani kata-kata yang berbaur agama dan perkauman.
Menurut Dominus, pemain-pemain itu berasal dari Singapura dan juga pemain profesional bagi Team OP untuk MPL SG.
Berikutan isu hate speech yang diambil dari streaming Dominus, pasukan OP mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyiasat pemain mereka yang melakukan kesalahan itu.
Perkara ini menjadi pengajaran buat kita semua supaya berhati-hati di dalam berkata-kata atau pun tulisan yang kita sampaikan kepada orang lain.
“Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya.”
Sementara itu, pihak kami cuba mendapatkan komen dari wakil Moonton atau MPL MY bagi komen mereka terhadap isu ini.
**Kemaskini – Pihak Moonton menyatakan siasatan sedang dijalankan ketika ini. Nantikan keputusannya tidak lama lagi.
Sumber: Pencil Robot, Team OP