Pemain Destiny 2 Boleh Mendapatkan Barangan Kosmetik Dengan Lebih Mudah Dalam Season 3

Awal tahun ini, Bungie mempunyai perancangan untuk mengubah bagaimana pemain Destiny 2 memperoleh ganjaran kerana barangan kosmetik boleh dibeli dalam stor Eveverse. Objektif Bungie pada ketika itu ialah memberi ganjaran kepada pemain Destiny 2 kerana menyiapkan aktiviti dan “memberikan pemain pembelian terus dan membuat perubahan pada Bright Engrams untuk pemain mendapatkan item yang mereka inginkan dengan lebih kerap,”

Minggu ini, Bungie mendedahkan bagaimana ganjaran Eververse berubah dengan Musim 3 Destiny 2 yang akan live pada minggu depan.

 

Pertamanya, ciri baru iaitu Prismatic Matrix membolehkan pemain mendapatkan barangan kosmetik – sparrows, kapal, emotes, ghost shells dan banyak lagi – dengan hanya bermain Destiny 2 berbanding membayar untuk mata wang dalam permainan (tapi bagaimanapun, korang masih boleh beli barang dalam Eververse).

Pada setiap minggu: Prismatic Matrix akan menawarkan rotation untuk 10 items tersedia di stor Eververse. Pemain boleh unlock sekali penggunaan Prismatic Matrix, mendapatkan kosmetik dan kenaikan level pertama mereka setiap minggu. Pemain boleh membeli lebih activation untuk Prismatic Matrix pada harga 200 Silver setiap satunya.

Bungie mengatakan item yang didapatkan melalui Prismatic Matrix tak akan duplicate. Pemain masih boleh mendapatkan gear Eververse melalui Bright Engrams dan Bright Dust.

Ia hanya mengawal pemain bagaimana mereka mendapat item Eververse dan ini juga memudahkan untuk pemain mendapat barangan kosmetik yang diidamkan sementara membiarkan Eververse sebagai platform kewangan bari Destiny 2.

 

Pada 8 Mei, pemain akan melihat bagaimana perubahan Prismatic Matrix ini memberi impak kepada pemain mendapatkan ganjaran. Musim 3 dan Warmind, expansion kedua Destiny 2 akan live pada tarikh ini.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+