Pemain Dota 2 Indonesia, Muhammad Rizky Anugrah atau InYourdreaM kini meraih 11,000 matchmaking ratio (MMR) selepas Mikoto meraih angka demikian tak lama dulu.
InYourdreaM kini berada dalam pasukan ZeroTwo bersama Dreamocel bagi persaingan di DPC 2021 peringkat Asia Tenggara.
Beliau merupakan pemain Indonesia kedua mendapatkan rekod ini selepas Mikoto.
InYourdreaM antara pemain yang banyak kali bertukar pasukan. Beliau pernah bermain untuk Fnatic, Tigers, BOOM Esports dan EVOS Esports serta T1 yang bertapak di Korea Selatan.
View this post on Instagram
Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.